LOS ANGELES: Jurugambar bebas (paparazzi) di tempat kejadian mempertikaikan kenyataan akaun media sosial milik Putera Harry dan isterinya Meghan yang menyatakan mereka "hampir kemalangan" akibat dikejar paparazi, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Agensi foto selebriti Backgrid USA Inc mengeluarkan kenyataan Khamis mempertahankan jurugambar bebasnya yang menyaksikan kejadian itu dan menafikan bahawa pengejaran itu hampir mencetuskan kemalangan di jalan-jalan di New York City.
Backgrid mendakwa pihaknya telah menyemak foto dan video daripada empat jurugambar bebas yang berada di lokasi pada malam itu, termasuk tiga menaiki kereta dan seorang menunggang basikal.
"Adalah penting untuk dijelaskan bahawa jurugambar ini mempunyai tanggungjawab profesional membuat liputan acara dan personaliti yang patut diberitakan, termasuk tokoh masyarakat," kata Backgrid dalam satu kenyataan yang diberikan kepada L.A. Times.
"Mereka membuat liputan penginapan pasangan itu di New York City, termasuk kemungkinan menghadiri majlis makan malam selepas majlis anugerah. Mereka tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kesusahan atau bahaya, kerana satu-satunya alat mereka ialah mereka kamera," menurut kenyataan itu.
Paparazi yang bekerja untuk Backgrid menuduh satu daripada kenderaan pengiring keselamatan Harry dan Meghan "memandu dengan cara yang boleh dianggap sebagai melulu".
Agensi foto itu mendakwa bahawa rakaman video menunjukkan SUV itu "menghalang jalan-jalan" dan "diberhentikan oleh polis".
Jabatan Polis New York mengesahkan dengan L.A. Times pada Khamis bahawa pegawai "membantu pasukan keselamatan melindungi Duke dan Duchess of Sussex" pada petang itu.
"Kami faham bahawa pasukan keselamatan Putera Harry dan Meghan Markle mempunyai tugas yang perlu dilakukan, dan kami menghormati kerja mereka," kata Backgrid.
"Kami, bagaimanapun, ingin menjelaskan bahawa menurut jurugambar di tempat kejadian, tiada kemalangan atau hampir kemalangan semasa kejadian.
Namun, agensi foto itu memaklumkan ia "mengambil serius dakwaan Putera Harry dan akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai perkara itu".
Jurucakap Harry dan Meghan menganggap paparazi di New York "sangat agresif" dan menyifatkan pengejaran itu sebagai "pengejaran tanpa henti, yang berlangsung lebih dua jam".
Meghan, suami dan ibunya, telah diekori jurugambar selepas meninggalkan Woman of Vision Awards di Ziegfield Ballroom.
--BERNAMA-dpa
TAG: Putera Harry, Meghan, paparazzi
Bernama
Fri May 19 2023
Backgrid USA Inc menafikan bahawa pengejaran itu hampir mencetuskan kemalangan di jalan-jalan di New York City. - Gambar fail/ AP
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
Malaysia, Uzbekistan kongsi amalan terbaik dalam pelancongan
Malaysia berharap untuk menjadi hab pelancongan bagi rantau Asia Tengah ke Malaysia serta negara-negara ASEAN.
Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meningkatkan kualiti rawatan di negara itu.
Zainal Rahim dilantik Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara
Bekas Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bagi tempoh 1 Mei 2024 sehingga 30 Sept 2026.
Paparazi pertikai kenyataan Meghan, Harry tentang 'hampir terbabit kemalangan'
Paparazzi di tempat kejadian mempertikaikan kenyataan akaun media sosial milik Putera Harry dan isterinya Meghan yang menyatakan mereka "hampir kemalangan" akibat dikejar paparazi.
Wawancara Oprah: Temu ramah eksklusif Putera Harry, Meghan catat jumlah penonton tertinggi
Menurut rangkaian penyiar CBS, temuramah itu menarik sejumlah 17.1 juta penonton di Amerika Syarikat.
Putera Harry, Meghan secara rasmi mulakan kehidupan sebagai bukan kerabat diraja
Terdahulu, dunia dikejutkan dengan berita pengunduran diri Duke and Duchess of Sussex, Harry dan Meghan daripada keluarga diraja British.
Luahan sedih yang dapat dirasai, ini ucapan penuh Putera Harry di London
Putera Harry dilanda kesedihan teramat sangat apabila terpaksa melepaskan tugas Diraja selepas memutuskan untuk memulakan kehidupan baharu.